Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan salah satu Bahagian di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Merujuk kepada Waran Perjawatan Bil. S155 dan S176 Tahun 2008, Bahagian ini telah diluluskan penyusunan semula struktur organisasi.
Melalui penyusunan ini, dua (2) cawangan baru, iaitu Cawangan Pengurusan Am dan Cawangan Kewangan dan Pengurusan Aset diwujudkan di Bahagian ini yang mana setiap satunya diketuai oleh PTD, Gred M54.
Cawangan Pengurusan Am dengan lima (5) unit dibawahnya akan memberi fokus dan penekanan kepada pengurusan dalaman di peringkat Ibu Pejabat KKM. Selain itu, cawangan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada pengurusan latihan dan kompetensi anggota di Ibu Pejabat KKM yang sebelum ini dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Ini bertujuan untuk memusatkan fungsi sumber manusia di peringkat Ibu Pejabat KKM secara berkesan dan teratur di samping memperkemaskan tugas-tugas perancangan dan pemantauan serta penilaian dalam meningkatkan kualiti pengurusan di seluruh KKM.
Manakala Cawangan Kewangan dan Pengurusan Aset yang mempunyai dua (2) unit dibawahnya bertanggungjawab dalam aspek kewangan terutamanya dalam
melaksanakan tugas-tugas seperti penyaluran waran peruntukan, penyelarasan Perjanjian Program bagi Program Pengurusan dan Laporan Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan, pembayaran emolument, pemungutan hasil serta hal-hal yang berkaitan dengan permohonan penyewaan ruang pejabat peringkat KKM, pengurusan aset, penyelenggaran bangunan dan kebersihan peringkat Ibu Pejabat.
Secara keseluruhannya, Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan pentadbiran, pengurusan
sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan kualiti & protokol, pengurusan psikologi kaunseling serta pengurusan sumber maklumat dengan:

  1. Memastikan pengurusan pentadbiran, kebajikan, anggota dan pejabat mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
  2. Memastikan semua urusan berkaitan dengan perkhidmatan, kemudahan dan kerjaya anggota Ibu Pejabat diurus dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  3. Memastikan pengurusan dan pemantauan urusan kewangan (di bawah PTJ 1) Ibu Pejabat mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
  4. Memastikan semua urusan majlis-majlis rasmi Kementerian berjalan lancar.
  5. Memastikan penyediaan perkhidmatan psikologi kaunseling professional kepada anggota Kementerian Kesihatan yang ingin meningkatkan potensi dirike arah kecemerlangan prestasi diri.
  6. Memastikan penyediaan perkhidmatan rujukan maklumat / koleksi perkhidmatan yang terkini dan mesra pelanggan.

Pautan

  • Arahan/ Pekeliling KKM
  • e-Pembelajaran Sektor Awam
  • Jabatan Kerja Raya
  • Perbadanan Putrajaya
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Portal Keselamatan ICT
  • Portal myGovernment
  • Portal OSCC