Perutusan Setiausaha Bahagian

on .

ellam

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dari segi pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan kualiti dan protokol , pengurusan psikologi kaunseling serta pengurusan sumber maklumat bagi semua Bahagian di IPKKM.

Sehubungan itu, BKP sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan khususnya dengan menjadikan portal sebagai medium penyebaran maklumat selaras dengan saranan Kerajaan ke arah Kerajaan Elektronik.

BKP sentiasa berusaha untuk memberi maklumat berkaitan perkhidmatan melalui laman web ini dan adalah menjadi harapan kami agar para pelanggan mendapat manfaat daripadanya. Para pelanggan adalah dialu-alukan untuk memberi pandangan yang membina demi menambahbaik portal ini untuk kepentingan bersama.

Selamat melayari Laman Web Rasmi BKP.

Encik Ellam A/L Endin Nom
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia.