Cawangan Pengurusan Am

on .

Cawangan ini dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Bahagian (Pengurusan Am).

grace.dairiam

Timbalan Setiausaha Bahagian (PA)
Puan Grace A/P Dairiam

Membantu Setiausaha Bahagian (Pengurusan) dalam:-

  • Merancang,menyelaras,memantau dan melaksanakan aktivti-aktivti Bahagian Pengurusan selaras dengan objektifnya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Menyelia pelaksanaan hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan untuk semua anggota Pengurusan Tertinggi, anggota Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) dan anggota jawatan simpanan latihan.
  • Menguruskan urusan penganugerahan darjah-darjah kebesaran/pingat persekutuan dan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
  • Menyelaras urusan hal ehwal Parlimen yang berkaitan dengan KKM.
  • Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti KKM iaitu Performance Indicator (Program Pengurusan) dan Pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) berkaitan dengan kualiti dan produktiviti.
  • Menyelia pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat seperti berikut:-
    • Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (Peringkat Ibu Pejabat);
    • Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan; dan
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti, KKM. 
  • Menyelia pelaksanaan pengurusan majlis seperti berikut:- Memantau pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan psikologi kaunseling di IPKKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
    • Perhimpunan Bulanan, KKM;
    • Sambutan Hari Kualtii, KKM;
    • Majlis JasaMu Dikenang bagi anggota yang bertukar dan bersara; dan
    • Hari-hari sambutan KKM yang lain. 
  • Memantau urusan pendaftaran fail (terbuka, peribadi, sulit dan terperingkat) dan surat keluar masuk di Ibu Pejabat KKM.
  • Memantau perkara-perkara berkaitan Pentadbiran Am seperti berikut:- Memantau urusan pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital seluruh Negara.
    • Pengurusan TASKA dan Kafeteria KKM
    • Pengurusan perakam waktu
    • Pengurusan kenderaan dan pengangkutan bagi IPKKM
  • Memantau pengurusan keselamatan oleh syarikat kawalan swasta di IPKKM dan peringkat negeri.Memantau urusan pelantikan Pegawai Awam mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.
  • Menyelaras hal ehwal pengurusan majlis rasmi oleh IPKKM, JKN, agensi kerajaan lain dan berkaitan keagamaan dan perayaan.
  • Mengurus lawatan tetamu KKM dalam dan luar Negara
  • Membantu urusan protokol dalam majlis perasmian, pecah tanah institusi di bawah KKM.
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan).

 Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Am

  • Unit Inovasi
  • Unit Psikologi Kaunseling 
  • Unit Protokol
  • Unit Pengurusan Rekod
    • Sub Unit Rekod & Arkib
    • Sub Unit Pengurusan Surat
  • Unit Pentadbiran
    • Sub Unit Pentadbiran Am
    • Sub Unit Penyelarasan
    • Sub Unit Kenderaan
  • Unit Pengurusan Sumber Manusia
    • Sub Unit Personel
    • Sub Unit HRMIS 
    • Sub Unit Latihan & Kerjaya