Cawangan Kewangan & Pengurusan Aset

on .

Cawangan ini dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Bahagian (Kewangan dan Pengurusan Aset).

Timbalan Setiausaha Bahagian (K&PA)
Tuan Haji Arzmi bin Mansor

Membantu Setiausaha Bahagian (Pengurusan) dalam :-

BELANJAWAN, GAJI, AKAUN DAN HASIL

  • Menyelaras, memantau dan menganalisa keperluan belanjawan mengurus dan pembangunan bagi Program Pengurusan.
  • Menyelaras penyediaan Perjanjian Program bagi Program Pengurusan untuk di kemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menerima dan menyelaras waran peruntukan belanja mengurus dan pembangunan daripada Bahagian Kewangan (Belanjawan) dan mengagihkan kepada PTJ-PTJ 2 di bawah kawalan PTJ 1 peringkat IPKKM.
  • Menyelaras penyediaan laporan-laporan belanjawan bulanan daripada PTJ-PTJ 2 untuk dihantar kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 10hb bulan berikutnya.
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun bagi IPKKM.
  • Mengurus urusan pembayaran gaji, elaun dan kemudahan kewangan lain kepada anggota IPKKM termasuk penyandang jawatan simpanan latihan.
  • Mengurus urusan potongan KWSP, cukai pendapatan dan lain-lain urusan potongan gaji.
  • Memastikan pengurusan rekod dan rekod perakaunan terimaan dan hasil dilaksanakan dengan teliti dan betul selaras dengan fungsi sebagai pemungut hasil utama.

KEWANGAN AM, PENTADBIRAN DAN PEROLEHAN

  • Menyemak dan meluluskan pembayaran perkhidmatan utiliti seperti penyewaan ruang pejabat, bil-bil elektrik dan telefon perkhidmatan cucian dan lain-lain serta menguruskan bayaran pukal.
  • Mengawal selia dan meluluskan tuntutan perjalanan anggota bil-bil minyak, bil-bil kerosakan kenderaan, penyelenggaraan kenderaan, bil-bil penginapan dan lain-lain yang berkaitan dengan tuntutan peruntukan anggota berkenaan.
  • Mengurus dan menyemak serta melulus permohonan keraian Menteri, Timbalan Menteri, SUPAR, KSU dan KPK serta lain-lain pegawai yang layak mendapat keraian.
  • Mengurus permohonan kelulusan dan bayaran di bawah AP58(a).
  • Mengurus permohonan pinjaman komputer.
  • Mengurus permohonan sara ubat.

UNIT-UNIT DI BAWAH CAWANGAN KEWANGAN DAN PENGURUSAN ASET

Unit Kewangan Unit Perolehan & Pengurusan Aset Unit Keselamatan
i. Sub-Unit Belanjawan i. Sub-Unit Pengurusan Aset i. Sub-Unit Penyelarasan & Pematuhan
ii. Sub-Unit Kewangan Am ii. Sub-Unit Penyelenggaraan ii. Sub-Unit Kawalan Keselamatan
iii. Sub-Unit Gaji & Elaun iii. Sub-Unit Perolehan  
iv. Sub-Unit Hasil iv. Sub-Unit Pembangunan  
v. Sub-Unit Antarabangsa