Unit Pengurusan Aset

on .

Objektif

Unit Pengurusan Aset memberi sokongan pengurusan aset kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan melalui perlaksanaan dasar pengurusan aset berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling pengurusan aset yang ditetapkan. Unit Pengurusan Aset di Bahagian Khidmat Pengurusan merangkumi 3 sub unit kecil iaitu sub unit Perolehan, sub unit Pengurusan Aset dan sub unit Penyelenggaraan.

Fungsi

Sub Unit Perolehan
  • Menyelaras perolehan bekalan, aset, perkhidmatan dan kerja bagi Anggota Pentadbiran, Pengurusan  Tertinggi, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Komunikasi Korporat dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
  • Menyelaras pembahagian peruntukan bagi aset bukan bagi peringkat IPKKM,KKM.
  • Menyelaras pembahagian peruntukan bagi kerja-kerja pengubahsuaian, peringkat IPKKM.
  • Menyelaras pengurusan mesyuarat jawatankuasa sebutharga, mesyuarat jawatankuasa penilaian teknikal, mesyuarat jawatankuasa penilaian harga bagi peringkat Bahagian.
  • Pengurusan pakaian seragam KKM.
 
Sub Unit Pengurusan Aset
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat IPKKM.
  • Menyelaras Penyediaan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan bagi peringkat IPKKM.
  • Menyelaras pengurusan penerimaan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan kehilangan aset dan inventori peringkat Bahagian.
  • Menyelaras pengurusan stor alat tulis peringkat Bahagian.
 
Sub Unit Penyelenggaraan
  • Menyelaras analisa penyediaan keperluan ruang pejabat dan cadangan penyelesaian bagi peringkat IPKKM.
  • Menyelaras pengurusan pembaikan ruang pejabat peringkat Bahagian.
  • Menyelaras permohonan penyewaan ruang pejabat, rumah kediaman dan premis demis peringkat KKM.
  • Menyelaras pemantauan perkhidmatan penyelenggaraan, kebersihan dan landskap peringkat IPKKM.