Unit Keselamatan

on .

Objektif

Unit Keselamatan bertanggungjawab merancang, merumus, mengurus, menyelaras dan melaksanakan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara holistik. Unit Keselamatan berperanan dalam memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan menegenai keselamatan perlindungan kepada agensi dan jabatan di bawah KKM. Unit ini juga adalah sebagai tempat rujukan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 mengenai dokumen-dokumen terperingkat dan khidmat nasihat teknikal

Fungsi

  • Merancang, mengurus, menilai dan memantau perkhidmatan kawalan keselamatan oleh syarikat/agensi swasta di IPKKM/ Hospital/ Institusi KKM di seluruh negara;
  • Menguruskan permohonan dan pengeluaran semua Kad Pengenalan Jabatan, Pas Keselamatan/Akses Bangunan, Pas Kontraktor/Pekerja Pencucian dan Pas Pelawat;
  • Merancang dan melaksanakan kursus/ syarahan/ ceramah/ taklimat berkaitan Keselamatan Perlindungan kepada semua penjawat awam di KKM;
  • Mengkaji peraturan-peraturan keselamatan yang sedia ada, merancang dan mengatur peraturan-peraturan baru jika perlu serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak Bahagian Khidmat Pengukusan;
  • Mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan di IPKKM/ Hospital/ Institusi KKM di seluruh negara;
  • Bekerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaaan Malaysia (KPKK) dan agensi keselamatan lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam menyelaras keselamatan aset fizikal, informasi dan personel;
  • Menyelaras program-program keselamatan seperti latihan  pengungsian bangunan serta latihan kebakaran dan kecemasan;
  • Menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan pelanggaran keselamatan;
  • Memastikan pelaksanaan prosedur-prosedur keselamatan menurut Buku Arahan Keselamatan dipatuhi.