Cawangan Sumber Maklumat

on .

Perpustakaan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) ditubuhkan dalam tahun 1960 dan berada di bawah seliaan Cawangan Pentadbiran Am, Bahagian Khidmat Pengurusan. Perpustakaan IPKKM telah dinaik taraf kepada Cawangan Sumber Maklumat pada tahun 2010.

Cawangan ini dikendalikan oleh Ketua Pustakawan Gred S54.

 

Ketua Pustakawan : Puan Anisah Binti Yusof

 Objektif

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan bagi menyokong organisasi KKM dalam aktiviti penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan, latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan rekreasi minda.

Membantu Setiausaha Bahagian (Pengurusan) dalam :-

  • Penyelarasan perpustakaan perubatan di bawah Kementerian Kesihatan MalaysiaPengurusan Portal Virtual Library
    • Memberikan khidmat nasihat dalam pengurusan perpustakaan dan perolehan sistem perpustakaan.
    • Merancang khidmat nasihat dan memantau pembangunan perpustakaan perubatan di bawah KKM. Membuat lawatan khidmat nasihat jika diperlukan.
    • Mengenalpasti keperluan dan melaksanakan latihan/kursus/bengkel anggota perpustakaan KKM.
  • Pengurusan Portal Virtual Library
  • Mengadakan hubungan kerjasama antarabangsa dengan semua perpustakaan perubatan sama ada dalam dan luar negara seperti Medical Library Group (MLG), Index Medicus, ACT Malaria, Globalmed dan sebagainya.
    • Menguruskan pembangunan kandungan Portal Virtual Library.
    • Merancang pembinaan pangkalan data bagi maklumat Perpustakaan Ibu Pejabat dengan mewujudkan rangkaian maklumat bersepadu antara semua perpustakaan secara internet dalam mengukuhkan maklumat kesihatan dan perubatan negara.
  • Merancang penyeragaman proses pendokumentasian bahan perpustakaan dan sumber maklumat yang ada dengan betul dan mematuhi peraturan sedia ada.
     
  • Merancang pembinaan koleksi perpustakaan secara menyeluruh bagi semua perpustakaan perubatan KKM secara pembelian, penyerahan, hadiah dan pertukaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk memperkukuh koleksi dalam bidang kesihatan dah perubatan negara.
  • Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Bahagian Khidmat Pengurusan
    • Laman Web Bahagian Khidmat Pengurusan
    • Newsletter
    • Aktiviti Galakan Membaca
       

Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Cawangan Sumber Maklumat

  1. Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat
  2. Perkhidmatan Pembangunan Perpustakaan dan Khidmat Nasihat
  3. Perkhidmatan Pengurusan Sistem Maklumat dan Pendigitan