Piagam Pelanggan

on .

TERAS PIAGAM

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf social ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang diiktirafsebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

TARAF PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat ; dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

 

PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :

BIL PERKHIDMATAN PIAGAM
 1 Pengagihan Semua Waran Peruntukan Mengagihkan semua waran peruntukan kecil dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan waran asal
2 Pembayaran Gaji dan Elaun Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota-anggota Ibu Pejabat yang baru dilantik dan bertukar masuk serta perubahan gaji dan elaun bagi anggota sedia ada dilaksanakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh menerima surat kebenaran dan dokumen-dokumen berkaitan
3 Pembayaran Bil Semua bil dibayar dalam tempoh sepuluh hari (10) dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
4 Pergerakan Gaji Tahunan dan Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) Memastikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia diadakan selewat-lewatnya pada bulan MAc supaya penyampaian keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia dilaksanakan pada selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan April. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan selewat-lewatnya bulan Jun dan pergerakan gaji bulan Januari dan April dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Julai.
5 Faedah Persaraan Memastikan faedah persaraan diterima oleh pesara selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) bulan selepas persaraan.
6 Memberi Khidmat Selenggara Bangunan Memastikan semua aduan kerosakan kecik/kebersihan bangunan diselesaikan oleh syarikat penyelenggara dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima. Sekiranya tidak diselesaikan, laporan akan dihantar kepada pihak JKR.
7 Penyewaan Ruang Pejabat Baru / Lanjutan Memproses kelulusan penyewaan ruang pejabat dalam masa lapan (8) bulan dari tarikh permohonan lengkap.
8 Memproses Penghantaran Surat Memproses penghantaran semua surat dari Bahagian-Bahagian Ibu Pejabat:
  • Surat pos biasa dihantar ke Pejabat Pos selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang setiap hari
  • Surat pos laju dipungut selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari
  • Penghantaran cepat (dispatch) bergerak pada jam 9.30 pagi setiap hari
9 Penyediaan Pas Keselamatan Menyediakan pas keselamatan dan menyerahkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
10 Permohonan Penggunaan Kenderaan Memastikan maklumbalas diberi dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan, dengan syarat permohonan diterima tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan kenderaan.
11 Permohonan Kelulusan ke Luar Negara Rasmi dan Persendirian Memaklumkan keputusan permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi (perjalanan kurang daripada dua (2) minggu) dan urusan persendirian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
12 Penyediaan Anggota Pasukan Perubatan untuk Berkhidmat di Tanah Suci pada Musim Haji Memaklumkan keputusan permohonan menganggotai Pasukan Perubatan yang akan berkhidmat di Tanah Suci pada musim haji dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tutup permohonan.
13 Perkhidmatan Kaunseling Kes rujukan dikendalikan dalam masa tujuh (7) hari berkerja.
14 Pencarian Buku Sistem Perpustkaan
  1. Online Public Access Catalog (OPAC) : 3 minit
  2. Manual                                                 : 5 minit
15 Pertanyaan Rujukan/ Pencarian Artikel Pertanyaan rujukan atau permohonan pencarian artikel akan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan permohonan.

 Laporan status pencapaian Piagam Pelanggan BKP boleh dicapai disini