Soalan Lazim

Cari Soalan Berkaitan

Tempahan boleh dibuat melalui telefon di talian 03-8883 3689 / 2940.  Borang tempahan juga boleh didapati dari laman sesawang BKP.

  • Dari pejabat Sub-Unit Kenderaan
  • Muat turun di laman web BKP.
  • Permohonan boleh dibuat 6 bulan sebelum tarikh bersara lengkapkan borang pembelian kereta rasmi jawatan dan kembalikan borang ke pejabat Sub-Unit Kenderaan.
  • Borang pembelian kereta rasmi boleh dimuat turun dari laman web BKP.

Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:

  • hilang kekananan selama tempoh cuti tanpa gaji;
  • layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatannya sebelum cuti tanpa gajinya bermula; dan
  • layak mendapat pergerakan gaji secara syarat tidak lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh perkhidmatan.

Boleh seperti petikan di Bahagian II perenggan 2.4 (d) “Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007″.

Boleh seperti di perenggan 3 (b) dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.

Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi (Competency Owner – CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemaskini data jika berlaku sebarang perubahan pada rekod peribadi.

Surat-surat Pos Laju yang diserahkan pada setiap hari akan diproses dan dipungut oleh pihak kakitangan Pos Laju pada keesokan harinya.

Kakitangan Pos Laju membuat pungutan sekali sehari selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari.

Surat-surat diagihkan ke bahagian / cawangan / unit di KKM melalui Peti Surat Berkunci (Pigeon Hole) bahagian / cawangan / unit yang telah dikhaskan. Surat-surat dipungut oleh PAP bahagian / cawangan / unit masing-masing pada setiap hari samada waktu pagi atau waktu petang.

Kadar harga baru setem setiap surat boleh dirujuk pada laman web Pos Laju iaituhttp://www.pos.com.my

No faqs found in this category

Borang yang diperlukan untuk perjalanan ke luar negara (persendirian) adalah seperti berikut:

  • Melengkapkan borang Permohonan Ke Luar Negara (Persendirian)  yang lengkap dan ditandatangan oleh Ketua  Jabatan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri / Institusi;
  • Borang cuti yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;
  • Senarai tugas pemohon; dan
  • Maklumat kursus / mesyuarat / seminar / konferen (jika ada).

Borang yang diperlukan untuk perjalanan ke luar negara (Rasmi) adalah seperti berikut:

  • Melengkapkan borang  Permohonan Ke Luar Negara (Rasmi) yang lengkap dan ditandatangan oleh Ketua Jabatan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri / Institusi;
  • Senarai tugas pemohon;
  • Maklumat kursus/seminar/mesyuarat/konferen (jika ada);
  • Anggaran perbelanjaan (bagi yang memohon peruntukkan one-off); dan
  • Surat tawaran dari pihak penganjur (bagi yang ditanggung oleh pihak penganjur)

Untuk mendapatkan sesi kaunseling, tuan/puan boleh membuat temujanji dengan menghubungi talian 03-88832862 / 2875 / 2813 / 2701.  Temujanji juga boleh dibuat melalui aplikasi HRMIS.

Tuan/puan tidak perlu risau mengenai perkara ini.  Sebarang isu yang dibincangkan akan dirahsiakan.  Ini menjadi etika yang dipegang oleh Pegawai Psikologi dalam menjalankan sesi.

Unit Psikologi Kaunseling turut menyediakan perkhidmatan Inventori Personaliti untuk penjawat awam Ibu Pejabat KKM, mengadakan program yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti Pementoran dan AKRAB, serta program-program pembangunan modal insan.

Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 (satu) hari Cuti Gantian.

Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.

Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk  bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:-

  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau
  • Bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
  • Atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
  • Bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
  • Atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.

Bayaran perpindahan hanya diberi kepada pegawai yang diarahkan menduduki Rumah Kerajaan.  Surat tawaran memasuki Rumah Kerajaan bukanlah merupakan surat arahan untuk berpindah.  Oleh itu, pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan tidak diperuntukkan bayaran perpindahan.

Mengikut peruntukan di perkara 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1979, menyatakan Pegawai Sambilan yang diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi di luar stesen adalah layak dan dibenarkan membuat tuntutan elaun dan kemudahan yang sama sepertimana pegawai-pegawai tetap yang setaraf.  Kadar tuntutan elaun dan kemudahan yang dibayar hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003, yang berkuatkuasa pada masa kini.

Seorang Pembantu Tadbir Sambilan yang telah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk membuat kerja lebih masa adalah layak untuk menuntut Bayaran Lebih Masa mengikut ketetapan yang telah diperuntukkan didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005.  Sekiranya ia melibatkan kadar gandaan maka kadar gandaan yang diterima pakai adalah seperti yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994.  Pegawai Sambilan tidak diperuntukkan Cuti Gantian bergaji penuh.  Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005 hanya Cuti Rehat bergaji penuh  sahaja yang boleh diambilkira sebagai hari bekerja dan dibayar gaji penuh bagi hari pegawai berkenaan mengambil Cuti Rehat.

Selaras dengan peruntukan yang diberikan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2009 dan tertakluk kepada kelulusan Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa olehnya, Pegawai-pegawai berikut layak diberikan kemudahan alat komunikasi mudah alih dan bayaran bil mengikut had yang ditetapkan. Permohonan perlulah dikemukakan di Bahagian Kewangan untuk kelulusan sebelum bayaran balik boleh dibuat. Sila rujuk Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan Pemberian Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih Penjawat Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (34)dlm. KKM-58/700/7-3Jld. 2 bertarikh 30 April 2009.

Aduan boleh dibuat kepada pihak seperti berikut:

  • Bahagian Khidmat Pengurusan di talian03-8883 3686 / 3693 / 3666atau faks03-8890 4600.
  • R.I.S ENTERPRISE SDN BHD di talian03- 88811408, faks03- 88811793

Waktu Penghantaran Borang

Isnin ( 9.00 am – 4.00 pm )

Rabu ( 9.00 am – 4.00 pm)

Waktu Pengambilan Stok

Selasa ( 9.00 am – 4.00 pm )

Khamis ( 9.00 am – 4.00 pm)

Jumaat – Tutup

  • Lengkapkan borang permohonan pas keselamatan dan pas pengenalan Jabatan dan mengemukakannya ke Sub-Unit Keselamatan BKP
  • Borang permohonan pas keselamatan dan pas pengenalan jabatan boleh diperolehi daripada Sub-Unit Keselamatan, BKP ataupun boleh dimuat turun dari laman web BKP

Keahlian hanya kepada anggota KKM yang bertugas di ibu pejabat (Putrajaya) sahaja.  Borang keahlian boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan IPKKM atau melalui laman web Bahagian Khidmat Pengurusan.

Koleksi yang boleh dipinjam adalah Koleksi Umum, Koleksi Rujukan dan Terbitan Bersiri.  Peminjaman biasa ahli dibenarkan meminjam sebanyak tiga (3) naskah buku selama dua (2) minggu untuk Koleksi Umum, dua (2) hari bagi Koleksi Rujukan dan selama tiga (3) bulan bagi Peminjaman Jangka Panjang.  Peminjaman Koleksi Terbitan Bersiri hanya untuk isu terbelakang.