Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)

on .

tick red Menyelaras semua program berkaitan hal ehwal Islam seperti dakwah, penerapan nilai-nilai Islam dan sambutan hari kebesaran Islam;
tick red Sebagai pakar rujuk bagi memastikan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) dilaksanakan menepati standard yang telah ditetapkan;
tick red Sebagai pakar rujuk bagi memastikan hanya pengamal pengubatan Islam yang mematuhi syari’ah sahaja yang diberi tauliah dan dibenarkan untuk beramal;
tick red Sebagai pakar rujuk bagi memastikan Program Penjagaan Spiritual Pesakit dapat dilaksanakan di semua hospital / fasiliti kesihatan KKM;
tick red Focal point bagi JAKIM untuk menyelaras permohonan pensijilan halal Malaysia bagi dapur dan cafe di hospital/fasiliti KKM dan keterlibatan dalam pembangunan Garis Panduan Farmasuetikal, peranti perubatan dan ubat-ubatan halal;
tick red Focal point bagi JAKIM untuk menyelaras Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) di peringkat KKM;
tick red Menyelaras seramai 69 orang pegawai kader JAKIM yang ditempatkan di 55 hospital dan fasiliti kesihatan supaya dapat melaksanakan tugas secara profesional dan kompeten;
tick red Menyelaras Rombongan Petugas Perubatan KKM untuk bertugas di Arab Saudi sebagai Petugas Haji Tabung Haji (TH) setiap musim haji; dan
tick red Menyelaras penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran KKM Peringkat Kebangsaan.